cepatnye rasa. tut tut dah setahun kan by. kita sebagai suami isteri tercinta. rasa mcm baru smlm dok excited gile cari barang-barang nak tunang wat hantaran. tengok2 kaler hantaran sama hijau plak. saje je xnk gtau warna hantaran dr pihak laki.. dok rasa lagi semangat preparation nk majlis kawen. abeh pusing satu ipoh tu. kononnya nk tema pinky whitey. ala-ala princess gitu .... Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kita. amin.. dah bergelar pun Isma Liza Mohd Isa isteri kepada Asrizal Abdul Rahman yg macho lagi hensem =)
ingat lagi setiap hujung minggu, mesti savvy hitam WRH smpai dpn umah sewa. walau apa pun, mesti sampai juga.. sebab sorang dok flora damansara, sorang dok tanjung rambutan. macam ni la rutin selama 6 bulan kita sbg weekend husband & wife.. ya. satu pengorbanan yang sangat tabah. dlm hati ni teringin dan berharap sgt2 nk mcm suami isteri lain. dok serumah. isteri gosokkan baju suami, masakkan utk suami dan segala2 nya utk suami tercinta.. tp apakan daya, jarak menghadkan semuanya. dan suami pun xputus2 berusaha cari kerja2 kosong di perak. tp rezeki kita bukan di perak . walau apa pun, Allah maha adil. 6.10.2009 confirm positif upt. pregnant?? . Waahh!! betapa syoknya time ni. Da nk jadi mummy rupanya. Tapi.. abah dia jauh kt sana. sedih bila ingatkan ni. 3 bulan pertama mummy alah mengandung.muntah-muntah. Jenuh abah dia kena bg sokongan moral tenangkan mummy yg dok asek menangis ni.. thank you hubby. love you very2 much! So mummy kena kuat semangat dan bersabar kerana dlm perut ni ade permata hati kita. a very2 special gift from god for us.. Alhamdulillah.. januari 2010 dpt juga transfer ke sg buloh. pengorbanan yg berbaloi-baloi terasa nikmatnya. Thank you Allah.
dah 6 bulan pindah sini kita dok serumah. saat paling bernilai dan berharga. Amin.. hajat tercapai.. syukur. segalanya kita buat sama-sama dan setahun kita kawin ni, bahagia sangat. tak sangka dah nk bersalin pun. perut pun da semakin besar melebar.. mcm teletubies dah kan =) terima kasih by. byk melayan kerenah ayg yg suka jalan-jalan. suka merajuk. suka sangat beli barang dan baju baby. smpai da penuh satu almari.. dan sekarang ni sedang menunggu kelahiran intan payung kesayangan kita dgn penuh debaran dan diiringi doa supaya dipelihara baby dlm perut, kesihatan baby & mummy , dimurahkan rezeki, semakin hari semakin kuat kasih cinta kita dan kekal hingga ke akhir hayat..amin~ kasih, sayang, cinta ayg sampai menutup mata..
HAPPY 1st ANNIVERSARY
with love
Asrizal & Isma Liza
0 comments:
Post a Comment