September 01, 2010

susu ibu

susu ibu oh! susu.. and I'll exclusively breastfeed my auji adni umairah till 2 year old. waah. what a very ambitious being a new working mummy..hopefully! will last for 2 years! amin.. and people out there also know breastfeeding is the best for baby, best for mummy. but it is not always easy. trust me, it's very challenging! physically and mentally involved in order to produce breast milk. if not, milk does't come out! owh.. Me and my career 8.00am - 5.00pm every monday to friday, have to pum breast milk early morning before go to work.lunch break. after work or pumping continued before 12.00mlm..that's my daily routine to stock breastmilk and the same time i'll directly breastfeed my baby during the nite.. and hard time, may face some difficulties. bleeding nipples, sore nipples, itchy, baby upset feeding on left breast, feeling pain during breastfeeding and big bra size!. but no matter how it's, the problems can be solved.. the most important thing is moral support from hubby..and it is worth. Thank you Allah for giving my baby this rezeki. and as for my self, breastfeeding is a very enjoyable and precious gift that i can give for my auji adni. spend the time with her, dodoi her to sleep and keep close bonding with her. muah muah muahh..intan payung mummy & abah~


ready stock for august. each container 80-90ml /3 fl oz

August 23, 2010

welcome back to work :::..

selamat pagi semua~
baru sampai ofis dan hari ni hari ke 2 hantar baby ke umah kak nora. yg ngasuh my auji adni umairah. dan hari ke 2 dah masuk keje semula. welcome back isma liza! aahh keje bertimbun dgn soalan2 exam yang tak tersiap lg.. anatomi muskuloskeletal fisioterapi & OT. yg sepenuhnya siap hanya farmasi & radiografi. ni pun bertungkus lumus siapkan masa cuti pantang hari tu. satu tangan taip soalan, satu tangan hanyun buai anak.. waah setiap minit baru terasa berharga sekarang, sebab ape? intan payungku auji adni itu. sayang mummy.. kuat menangis jg dia. tp kalau kena caranya, sangat OK. tido je keje nye.dah 2 bulan pun umurnye..cepat je masa kan.
dan 2 bulan juga la byk belajar bagaimana menjadi seorang emak. bagaimana menguruskan anak. bagaimana perlu mengawal perasaan. bagaimana membahagikan masa. dan bagaimana bagaimana ... sangat banyak perlu belajar lagi..dan pagi hari ni masih lagi kelam kabut. sementara mummy tgh kalut tu, hubby kena tlg salinkan lampin baby. dan dalam masa sejam juga perlu pum susu, breastfeed baby dulu sblm mandi, bsiap-siap, drive ke damansara damai hantar baby & baru sampai kolej. bergerak pantas, rushing sangat dan tak teringat pun jahit operate yang belum sembuh sepenuhnya tu.. kesimpulannya, kena bangun awal lagi.. ya. hari-hari try & error. dan hari ni baby dengan buainye di rumah kak nora. harap-harap tak nangis kuat lagi berebut buai dengan mia. hehehe.. comel nye anak-anak kecik ni kan.. muahhh.. sayang anak mummy. jangan meragam kuat ye. dok baik-baik di sana kawan dgn kakak alysha ~


My auji adni umairah 2 month old

July 31, 2010

:: berpantang ::

Satu lg kisah..
dan hari ni dah penghujung tempoh pantang bersalin.. sbln lebih rasa mcm setahun..  btul la org ckp. bersalin operate ni sakit lps tu. ya! mmg diakui. da sbln pun, blum baik lagi.. mmg dugaan..fizikal dan emosi yg bercampur aduk. dgn berjauhan dr suami.. dgn diri ni yg kadang2 hangin tiba-tiba.. mcm2. tp alhamdulillah. dgn kekuatan yg diberikan Allah, akhirnye nk abeh juga pantang ni.. mak yg byk tolong masa pantang ni. suami yg bkorban ulang alik ke sp tiap2 mggu dan snggup melayan kerenah emosi ini yg kadangnya merepek-repek..tak tertahan rindu duduk berjauhan ni.. terima kasih semua.. dan mak slalu pesan. lps bersalin ni mcm kain putih. kira dah kosong-kosong. kena buat baik dgn suami. buang sifat amarah tu..ya.sape yang tak nak jadi isteri solehah kan.. dan harapnya lps ni, jadi insan yang baik..

July 30, 2010

alhamdulillah.. 24.06.2010

BERSALIN. inilah pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. sedikit sebanyak kisah pengalaman melahirkan permata hati pertama kami AUJI ADNI UMAIRAH BINTI ASRIZAL.


22 june 2010 admitted  selayang  hosp. ward 5b. plan for IOL at 37 weeks due to suspected IUGR.. ya.. terima semua kemungkinan yang akan datang. tuhan..tabahkan la diri ini..terima kasih sgt2 to my hubby, my mom and my sis kak kembaq. temankan ke hosp. terima kasih atas sokongan yg kuat ini.
23 june 2010 subuh2. dokter dah start ubat ..mcm mana la rasa saket nak bersalin tu.. mcm2 dlm fikiran ni. then induced smpai 24 hrs.dah mula rasa contraction. 4 in 10 mins masa tue.
24 june 2010 ditolak ke labor room. debar2 yg amat sgt. segalanya serahkan pdMu. my love hubby n my mom gilir2 masuk tgk.  7pm. tiba2 suhu badan naik. demam pulak.so failed IOL.  sedihnya.  bukan rezeki utk bersalin normal..thanks hubby kerana sentiasa di sisi dan memberikan semangat dan kekuatan itu. 8pm ke general OT utk EMLSCS.  takot yg xdpt digambarkan. tp segala-galanya hilang bila dah dengar baby menangis dengan kuat. Alhamdulillah. lahirlah si comel yg ditunggu2. sempat cium pipinya. sayang sangat2 mummy kt baby. sebak rasa.. lebeh kurang 11pm, segalanya selesai dgn selamat. thank you Allah. masih bernafas lagi sekarang..
25 june 2010 masih di wad 5b dan baby di NICU. on antibiotic for 5days. pagi2 dengan tak sabarnye terus ke nicu. sebak lagi.. tgk anak yang keseorangan dlm baby cot tanpa mummynya di sisi.. terus pelok dia . sayang dia. dan kami sama2 menangis..sian anak mummy. dah lebeh 12jam br dapat rasa mummy pelok ye..tersentuh waktu tu..
28 june 2010 discaj drp nicu..alhamdulillah. mummy dan baby sihat .syukur~ bermulala saat tempoh berpantang lepas ni..


June 17, 2010

36 weeks

16.6.2010 antenatal checkup di hosp selayang seperti tarikh appointment.. finding kali ni xjangka pula. dokter ckp saiz baby kurang & amniotic fluid kurang. xbape cntek masa scan tu.. then, undergo droppler scan. tgk aliran darah ke baby tru umbilical artery. alhamdulillah. everything fine. normal range & buat CTG. normal result. syukur.. debar2 juga masa buat tu. takot keputusan xbape nk bagus.. and lastly, dokter decided cukup 37weeks nanti terus induce labor..so 22.6.2010 akan admit wad. . haih. mmg xsangka bsalin awal. ingat plg awal pun 38 mmgu. . dan sekarang buat apa2 yg patut utk last preparation nk deliver. Ya Allah. semoga baby di dalam ni dipelihara olehMu. semoga tiada sebarang komplikasi pada baby dan mummy nye. dipermudahkan sepanjang proses kelahiran dan semuanya..

June 07, 2010

my baby coming soon

Ni sedikit sebanyak persediaan utk si intan payung mummy & abah. stroller beli nanti bila da besar sket ye. =)














  Preparation for baby & mummy Mark
 Diaper changing:
1. diapers /
2. wipes /
3. nappy ointments/cream /
4. changing pad /
5. liquid disinfectant container /
6. tissue /
 Bathing:
1. towel /
2. wash cloths /
3. johson's shower gel/soap/shampoo /
4. bath tub /
5. cotton buds /
6. bath sponge/towel /
7. roll cotton /
 Cloth dressing:
1. cloths /
2. mitten & booties/socks /
3. Johnson's body lotion/oil/powder /
4. bedung/napkin /
5. barut /
6. baby hat /
 Feeding:
1. mummy nursing bra /
2. feeding bottles /
3. milk /
4. mummy breast pump /
5. milk store bottles /
6. thermos /
7. breast pad /
 Others:
1. baby comforter set /
2. play gym/mat /
3. safety toys/rattle /
4. baby beg carrier /
5. baby rocker/bouncer/car seat /
6. nail clipper /
7. kotex /
8. baby stroller

06.06.2010


cepatnye rasa. tut tut dah setahun kan by. kita sebagai suami isteri tercinta. rasa mcm baru smlm dok excited gile cari barang-barang nak tunang wat hantaran. tengok2 kaler hantaran sama hijau plak. saje je xnk gtau warna hantaran dr pihak laki.. dok rasa lagi semangat preparation nk majlis kawen. abeh pusing satu ipoh tu. kononnya nk tema pinky whitey. ala-ala princess gitu .... Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kita. amin.. dah bergelar pun Isma Liza Mohd Isa isteri kepada Asrizal Abdul Rahman yg macho lagi hensem =)
ingat lagi setiap hujung minggu, mesti savvy hitam WRH smpai dpn umah sewa. walau apa pun, mesti sampai juga.. sebab sorang dok flora damansara, sorang dok tanjung rambutan. macam ni la rutin selama  6 bulan kita sbg weekend husband & wife.. ya. satu pengorbanan yang sangat tabah. dlm hati ni teringin dan berharap sgt2 nk mcm suami isteri lain. dok serumah. isteri gosokkan baju suami, masakkan utk suami dan segala2 nya utk suami tercinta.. tp apakan daya, jarak menghadkan  semuanya. dan suami pun xputus2 berusaha cari kerja2 kosong di perak.  tp rezeki kita bukan di perak . walau apa pun, Allah maha adil. 6.10.2009 confirm positif upt. pregnant?? . Waahh!! betapa syoknya time ni. Da nk jadi mummy rupanya. Tapi.. abah dia jauh kt sana. sedih bila ingatkan ni. 3 bulan pertama mummy alah mengandung.muntah-muntah.  Jenuh abah dia kena bg sokongan moral tenangkan mummy yg  dok asek menangis ni..  thank you hubby. love you very2 much!  So mummy kena kuat semangat  dan bersabar kerana dlm perut ni ade permata hati kita. a very2 special gift from god for us.. Alhamdulillah.. januari  2010 dpt juga transfer ke sg buloh. pengorbanan yg berbaloi-baloi terasa nikmatnya. Thank you Allah.
dah 6 bulan pindah sini kita dok serumah. saat paling bernilai dan berharga. Amin.. hajat tercapai.. syukur. segalanya kita buat sama-sama dan setahun kita kawin ni, bahagia sangat. tak sangka dah nk bersalin pun. perut pun da semakin besar melebar.. mcm teletubies dah kan =) terima kasih by. byk melayan kerenah ayg yg suka jalan-jalan. suka merajuk. suka sangat beli barang dan baju baby. smpai da penuh satu almari.. dan sekarang ni sedang menunggu kelahiran intan payung kesayangan kita dgn penuh debaran dan diiringi doa supaya dipelihara baby dlm perut, kesihatan baby & mummy , dimurahkan rezeki, semakin hari semakin kuat kasih cinta kita dan kekal hingga ke akhir hayat..amin~  kasih, sayang, cinta ayg sampai menutup mata..
HAPPY 1st ANNIVERSARY
with love
Asrizal & Isma Liza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Love notes

Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
The International Breastfeeding Symbol

loving married couple

loving married couple

enggagement day..

enggagement day..
09.3.09

crazy in love

crazy in love
till the end..

....:::::...


ShoutMix chat widget

ad

blog!

Isma Liza. Powered by Blogger.

Pages